Translate

Tuesday 27 March 2012

APAKAH PERKARA-PERKARA PENTING DALAM HIDUP KITA

( INFO DARI GROUP SEHATI-SEJIWA), MOGA IA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA


Dalam hidup ini, sebenarnya apakah perkara-perkara yang sangat diperlukan dan terlalu penting, yang tidak boleh tidak bagi kita untuk selamat dunia Akhirat. Apa?
Dan dalam hidup ini apakah perkara-perkara yang kalau kita tidak memilikinya tak bergunalah hidup, celaka dunia akhirat? Apa?

Perkara-perkara itu ialah:
1.Keampunan  Allah
2.Kasihan belas Allah
3.Segala kekurangan diri, kelemahan dan lain-lain ditampung, dicukupkan, disempurnakan.
4.Darjat diri ditingkatkan dari masa ke masa
5.Rezki segala jenisnya lahir dan batin
6.Petunjuk, pimpinan, hidayah dan taufik
7.Sihat afiat badan, akal fikiran, lahir dan batin
8.Kemaafan

Dimanakah semua kepentingan-kepentingan kita ini kita boleh dapatkan? Agar ia boleh kita dapatkan di setiap waktu, percuma dan tidak terhina?

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku se-Islam dan anak-anakku semua:
Bahawa Pencipta kita Allah SWT, kerana sangat sayang dan sangat bertanggungjawab kepada ciptaan-Nya, telah mewajibkan kita bertemu-Nya, dengan tujuan untuk diberikanlah semua keperluan-keperluan kita itu. Bahkan, sebenarnya Allah Tuhan kita itu demi cintanya, bukan saja 8 perkara di atas disenaraikan oleh kita meminta pada-Nya, beribu-ribu lagi perkara-perkara keperluan kita yang telah, sedang dan akan diberikan-Nya tanpa kita memintanya.

Tapi ingat, ada seperkara yang paling pokok yang Allah sangat-sangat ingin kita mendapatkan dari Dia. Hal ini merupakan penentu hidup mati dan Syurga Nerakanya kita. Allah menjadikan perkara itu sebagai pemberian termahal kepada seorang hamba. Kalau mahu dibayar nescaya tidak terbayarkan oleh kita!

Justeru Allah, demi kasih sayang dan belas kasihan-Nya, melayakkan kita untuk memilikinya dengan cara meminta-minta sepenuh hati kepada-Nya. Dan permintaan itu wajib dibuat di dalam sembahyang. Apakah dia barang itu?
Yakni Siratal Mustaqim. Iaitu jalan hidup orang-orang Allah seperti Rasul-rasul, Nabi-nabi, Mujaddid-mujaddid, wali-wali, orang-orang soleh dan para ulama yang praktikal. Di Akhirat ia adalah jalan selamat yang membawa manusia ke Syurga.

Walhal bagi manusia yang tidak dapat Siratal Mustaqim dalam hidupnya, nescaya dia hidup di atas jalan yang dibenci Allah iaitu jalan-jalan nafsu. Jalan nafsu ini pula berlaku di dalam cara-cara hidup Yahudi dan Nasrani yang sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Yahudi dan Nasrani menyatakan orang-orang yang betul-betul beragama itu sesat. Sebab bangsa Yahudi ini sangat marah dan benci dengan Allah dan Rasul kerana mendedahkan kejahatan mereka di dalam Al-Quran bahkan di dalam sembahyang melalui surah Al-Fatihah.

Jadi di kesempatan menguasai dunia, merekapun lahirkan dendam itu dengan menyatakan orang-orang Allah lah yang sesat dan jahat!
Orang-orang Islam yang betul-betul sembahyang, hasilnya mestilah memperjuangkan jalan yang lurus (Siratal Mustaqim) ini. Dan sekaligus akan mencetuskan peperangan sengit dengan ajaran-ajaran nafsu dan sesat oleh Yahudi dan Nasrani yang sangat dibenci Allah dan Rasul dengan laknatullah.

No comments:

Post a Comment